Thursday, July 25, 2013

TADARUS AL-QURAN 2013


TADARUS AL-QURAN DIJALANKAN UNTUK PROGRAM IHYA RAMADHAN . TADARUS AL-QURAN ADALAH UNTUK MENGGALAKKAN MURID MENGHAYATI AL-QURAN SETERUSNYA MENAMBAH AMALAN DI BULAN YANG PENUH BARAKAH .






KEINDAHAN SOLAT



Solat adalah tanda cinta nabi dan Allah
kepada umat manusia
Solat adalah hadiah paling indah
dalam masa hidup seorang manusia

Sesibuk apapun , tunaikanlah solat
kerana
kalau tidak
Allah akan penuhi tanganmu dengan kesibukan kerja
dan Allah tidak akan menghindarkanmu dari
kemelaratan (kesusahan)

"Apakah yg menyebabkan kamu masuk neraka Saqar?
Mereka menjawab: Dahulu kami tidak termasuk orang2 yg
melaksanakan solat. "
(al Muddatsir: 42-43)

"Sesungguhnya Allah s.w.t
menghadapkan seluruh 'wajahnya'
kepada hambanya yang sedang solat
selama hati hamba itu tidak berpaling"
(HR: Abu Daud, An Nasai, al Hakim)

Solat adalah tiang agama
siapa yang mengamalkannya
sungguh dia telah menegakkan agamanya
siapa meninggalkannya
sungguh dia telah meruntuhkan agama (dalam dirinya)

Solat adalah penglipur lara
pengubat duka
dan pelepas dahaga keputusasaan

Dan mohonlah pertolongan Allah
dengan sabar dan solat

Ketenangan diri
dapat diperolehi
ketika kamu
sungguh-sungguh mengerjakan solat

Solat yang sah
dan mampu mencegah keburukan
hanya ada didalam solat yang khusyuk

"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku
orang yang tetap
melaksanakan solat
Ya Tuhan kami
perkenankanlah doaku"
(Ibrahim: 40)

"Siapa yang yang solat berjemaah
Allah mencatat pulang perginya
sepuluh kebaikan
dihapus darinya sepuluh keburukan
dan diangkat sepuluh darjatnya"
(Hadis)

"Seutama-utama solat
selepas solat fardhu
adalah solat sunat
di waktu malam".
(HR: Muslim)

"Siapa yang berwudhu
dengan sempurna
kemudian solat hajat 2 rakaat
dengan sempurna
maka Allah tunaikan apa yang ia pinta
cepat atau lambat"
(HR: Ahmad)

"Wahai anak Adam
jangan sesekali engkau malas
mengerjakan 4 rakaat
pada permulaan siang (dhuha)
nescaya Aku akan
cukupkan keperluanmu
pada akhir harinya".
(HR: al Hakim, Thabrani)

Tuesday, July 23, 2013

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM




30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

Tuesday, July 16, 2013

MEMBERI dan MENERIMA






MEMBERI dan MENERIMA
*       Jika anda tidak mampu membuat orang tersenyum,
jangan membuat orang menangis.
*       Jika anda tidak mampu memberi manfaat kepada orang lain,
jangan menghancurkan orang lain.
*       Jika anda tidak mampu memberi apa apa,
jangan terlalu banyak meminta.
*       "Jadilah orang yang MEMBERI tanpa mengingatnya kembali dan orang yang MENERIMA tetapi tidak melupakannya sama sekali.

Monday, July 8, 2013

TAD'IMUN AL-MASAKIN تطعيم المساكين






MEMBERI MAKAN KEPADA GOLONGAN MISKIN ADALAH SATU AMALAN YANG MULIA DI SISI ISLAM ,MEMBOLEHKAN GOLONGAN MISKIN MERASA NIKMAT SEPERTI MANA YANG DIRASAI OLEH GOLONGAN BERADA

Friday, July 5, 2013

PRAKTIKAL HAJI DAN UMRAH

Ustaz Rozaini membuat penerangan tentang rukun Haji

Inilah cara pemakaian Ihram bagi Muslimin

 Guru dan murid bersama mempraktikkan ibadat tawaf dan bertalbiah bersama